Berapakah tempoh masa untuk proses ukur sempadan disiapkan?
Tempoh kebiasaannya antara 2 hingga 6 minggu, bergantung kepada keluasan tanah, lokasi, keadaan fizikal tapak dan kelulusan daripada JUPEM serta Pejabat Tanah.
Adakah saya perlu hadir semasa kerja ukur dijalankan?
Kehadiran anda tidak diwajibkan, tetapi amat digalakkan supaya anda lebih faham kedudukan sebenar sempadan dan dapat beri maklumat tambahan jika diperlukan.
Apakah dokumen yang diperlukan untuk memulakan proses ukur sempadan?
Antara dokumen penting ialah salinan geran hak milik tanah, kad pengenalan pemilik, dan sebarang pelan terdahulu (jika ada). Kami akan bantu semak dokumen lengkap sebelum kerja dimulakan.
Adakah pelan ukur sempadan ini sah di sisi undang-undang?
Ya. Pelan yang disediakan akan dikemukakan dan disahkan oleh JUPEM dan Pejabat Tanah, menjadikannya dokumen rasmi yang sah untuk urusan perundangan dan hartanah.
Kenapa perlu ulang ukur sempadan jika saya sudah ada geran tanah?
Geran menyatakan keluasan dan lot tanah, tetapi tidak semestinya menunjukkan sempadan fizikal tepat. Ukur sempadan penting untuk elak pertindihan, rancang pembangunan, atau semasa jual beli.
Bolehkah saya menggunakan pelan ukur ini untuk pembinaan atau pelan pembangunan?
Ya. Pelan ukur sempadan rasmi menjadi asas penting dalam permohonan pelan bangunan, pecah sempadan, pecah bahagian, dan pembangunan hartanah.
Adakah kerja ukur ini sesuai untuk tanah pusaka atau tanah yang belum dibahagikan?
Ya, ukur sempadan amat sesuai dan penting untuk tanah pusaka atau tanah kongsi, bagi memudahkan proses pecah bahagian, penentuan hak milik, dan penyelesaian tuntutan waris.
Berapa anggaran kos bagi perkhidmatan ukur sempadan tanah?
Kos bergantung kepada lokasi, keluasan tanah, dan keadaan tapak. Untuk anggaran harga yang tepat, anda boleh hubungi kami untuk semakan percuma berdasarkan maklumat tanah anda.
Apakah berlaku jika batu sempadan asal sudah hilang atau tidak dijumpai?
Jika batu sempadan asal tiada, kami akan rujuk semula pelan hak milik dan koordinat rasmi daripada JUPEM untuk menentukan sempadan semula dan menggantikan penandaan di tapak dengan tepat.